LONDON - Sepasang ibu bapa di Britain, Chris Tinsley, 24, dan Tanya, 25, mendakwa, anak perempuan mereka yang berusia empat tahun, Jess, bangun pada waktu malam dan melakukan perbuatan menggelikan hati.
Dia dianggap sebagai antara penghidap penyakit insomnia paling muda di negara itu apabila sering mengalami gangguan tidur dengan bangun menjelang tengah malam dan terjaga sehingga waktu pagi.
Menurut Tanya, anaknya itu mengalami masalah itu semasa dia berumur setahun.
Dia berkata, anaknya akan membuat aksi yang menggelikan hati seperti makan dan minum atau bermain serta ketawa dengan teman-teman khayalannya.
Walaupun tidak menangis, keadaan itu menyebabkan ibu bapanya berasa bimbang menyebabkan Jess dibawa tidur di dalam bilik tidur mereka.
Mereka sudah menemui sejumlah doktor yang turut bingung dan tidak mengetahui punca Jess melakukan aksi itu.
Namun, pada Mac lalu, seorang pakar tidur, Dr. Paul Gringas di Hospital Kanak-kanak Evelina di sini membuat ujian dan memantau pergerakan Jess di sebuah klinik.
Dr. Gringas mendapati, Jess bangun daripada tidur dan melakonkan perbuatan yang muncul dalam mimpi.
Mimpinya itu merupakan ulangan perbuatan yang dilakukan Jess pada waktu siang, kata doktor tersebut.
Perkara itu ujar Gringas, lazim dialami kanak-kanak semasa sedang membesar. - Agensi
No comments:
Post a Comment