widget

Monday, November 14, 2011

Wanita tanpa mata, mulut dan hidung


NASH memakai penutup kepala selepas wajahnya tidak mempunyai mata, mulut dan hidung. Gambar kecil cimpanzi yang menyerang Nash.


CLEVELAND - Seorang wanita, Charla Nash yang mengalami kecederaan teruk di muka selepas diserang oleh seekor cimpanzi di rumah rakannya berkata, dia tidak mahu mengingati lagi kejadian itu.

Nash, 56, kini tidak mempunyai kedua-dua mata yang terpaksa dikeluarkan oleh doktor kerana jangkitan kuman termasuk mulut, kelopak mata dan hidung manakala semua jarinya terpaksa dipotong kerana seperti sudah hancur dikunyah.
WAJAH Nash sebelum dicederakan cimpanzi.


Kejadian itu berlaku apabila dia mengunjungi rumah rakannya, Sandy Herold di Stamford yang memelihara cimpanzi jantan seberat 90.71 kilogram sejak bayi lagi.

Cimpanzi itu menyerang Nash selepas haiwan itu berjaya melarikan diri dari kurungan di rumah rakannya itu. 

Herold berjaya menikam cimpanzi itu dengan sebilah pisau semasa Nash diserang sebelum ia mati ditembak oleh anggota-anggota polis.

"Saya tidak mahu diganggu dengan kejadian ngeri ini," katanya yang memakai penutup kepala pada program bual bicara The Oprah Winfrey.

Sebelum dia mendedahkan wajahnya yang tidak mempunyai mata, mulut dan kelopak mata itu, Oprah Winfrey yang mengacara program tersebut memberi amaran kepada penonton bahawa mereka akan melihat sesuatu yang amat mengejutkan.

Nash menyatakan dia kini memakai tudung kepala semasa berjalan bagi mengelak orang ramai takut padanya.

Dia yang mempunyai seorang anak perempuan berumur belasan tahun semakin pulih dan masih menjalani rawatan di Hospital Cleveland di Ohio. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...