widget

Sunday, January 29, 2012

ciri-ciri kawan yang baik


http://1.bp.blogspot.com/-LYL3uIt06ug/TZX1cKx9yEI/AAAAAAAAAFo/-xVTGhn3Ce4/s1600/pendengar%2Bsetia.jpg

1. Pendengar yang baik.
 
Kawan yang baik merupakan seorang pendengar yang baik. Korang boleh cerita apa je kat kawan baik ni tanpa rasa segan silu. Korang takkan takot kena bahan dengan kawan baik korang ni walaupun korang hanya menceritakan kerisauan korang tentang spender korang yang dah koyak. Ini menunjukkan mereka adalah kawan baik korang.


http://fc00.deviantart.net/fs7/i/2005/235/a/1/Kami_Kencing_Bersama_by_shazzo.jpg

2. Boleh teman korang pegi kencing malam-malam.
 
Kawan yang baik akan sentiasa bersama korang tak kira susah atau senang. Waktu susah yang paling senang nak nampak ialah teman pergi kencing masa malam. Kalau bukan kawan yang baik amatlah mustahil untuk dia korbankan tidur malam dia semata-mata untuk teman korang pegi kencing. Sesungguhnya walaupun seminit waktu tidur sangat berharga tau.


http://4.bp.blogspot.com/_gRbfQEtxrSU/TJ7BM65irPI/AAAAAAAACAs/VCnHs7EiD38/s1600/kentut.jpg

3. Kentut tanpa di marahi.
 
Kawan yang baik tak kisah apa yang kawan baik dia buat walaupun kentut masa tengah lepak sama-sama. Korang boleh kentut sama ada bunyi kuat, bau busuk, ataupun apa sahaja jenis kentut tanpa dimarahi oleh kawan baik tu. Dia cuma sepak korang sekali je takpun mencarut sikit je lepas korang kentut (ini tak dikira marah). Kalau diorang marah diorang akan kutuk-kutuk korang dan mengancam taknak berkawan( ini belum capai tahap kawan baik lagi).



4. Sentiasa melakukan aktiviti bersama.
 
Kawan yang baik sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama walaupun aktiviti yang korang lakukan tu tak berilmiah langsung. Kalau korang cuma lepak kat kedai makan sambil minum segelas air kosong dan lepak berjam-jam kawan yang baik tetap setia bersama korang.


http://www.toonpool.com/user/997/files/remind_you_that_youre_married_250235.jpg

5. Sentiasa mengingati bila kita tengah lalai.

Perkara paling penting yang kawan baik buat ialah sentiasa mengingati kita bila kita tengah lalai. Kawan yang baik takkan membiarkan kita alpa dan terus hanyut dengan perkara yang sia-sia. Kawan yang baik juga takkan join kita sekali untuk sama-sama lalai dan terus hanyut tanpa ada orang yang akan menyedarkan kita.


gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...