widget

Tuesday, January 10, 2012

kurang berat? terlalau kurus?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJbuGaWVNI7aJaTRZA7kCAPofqoZJkLLpoqxXf0HYVDmhM1wa7tJm7BubY5tCnUx2m_mZYubYolaX7LUHoMbRBzOh9mqN2hnTflhsmcrHlhMHnH7eDZJKCO2WgjuXA0rgFeti-fsxjwqY/s320/model+kurus...jpg 
Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding”, 'cicak kubing' dan sebagainya.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
  • Mudah jatuh sakit.
  • Mempunyai masalah hormon.
  • Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
  • Tekanan dalam hidup.
  • Masalah pemakanan.
  • Kadar metabolisme yang tinggi.
  • Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).

Siasat Body Mass Index Badan Dahulu

BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.

Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.

Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:

Cara #1 – Makan Dengan Kerap

Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.

Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

Cara #2 – Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan

Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

Cara #3 – Makan Kacang Setiap Hari

Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.

Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivpknSeeqyP_oiJyGEOu3UnW-fMINjET4E0lnCbzgamNKg8TSfj8CVOTT6iRmMJDGavGB5gSWGmerLZtmiSg3Z0HTNrulGw5OctZ3bvi3GryBvH8KdbysNNepIMTyh-E8f4_FZDmxQk0Os/s1600/1.bmp
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.

(diambil dari blog kesihatan)
note : oh, bilalah aku nak capai BMI 20 XD

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...