Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan
lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.
Dagu berlapis boleh dikesan menerusi cermin muka. Bolehkah masalah
dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah cara-cara untuk menghilangkan
masalah dagu berlapis ini?
Persoalan yang diyakini timbul ialah, bagaimana masalah dagu berlapis
boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara
duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk
menghilangkan dagu berlapis adalah seperti berikut:
-Orang yang suka membongkok atau tunduk selalunya akan mengalami
masalah dagu berlapis. Cuba tundukkan kepala anda ke bawah, dan rasalah
di bawah dagu anda, pasti anda akan menemui lapisan dagu yang berlapis
sekiranya ada lemak di dalam lapisan kulit muka dan leher anda.
-Makan secukupnya. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
-Elakkan tidur selepas makan. Jika anda biasakan diri untuk tidur
selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan
melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini
sia-sia. Malah bomoh-bomoh tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai
sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
-Anda juga boleh gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada
dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas
dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk
mencuci muka.
Tips nak bagi dagu berlapis hilang tak banyak tapi ada beberapa yang
anda boleh amalkan selalu. Cara pertama kawal pengambilan kalori dan
juga bersenam.
Kunyah Gula Gula Getah
Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar sampai kebas baru berhenti.
Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR
LEMAK, tetapi hanya membakar kalori.
Senaman Muka
Berdiri dihadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara
perlahan dan cekangkan otot muka ketika menyebutnya. Kemudian masamkan
muka untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang
lebar. Muahahahaa. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di
hadapan cermin setiap hari mesti dagu anda makin cantik.
Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis
Salah satu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah tidur dengan
muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk
mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.
No comments:
Post a Comment