Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata,
“sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar,
dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”[1]
Menurut Imam
Tirmizi hadith ini bertaraf hassan. Menurut Sheikh Muhammad Nasirudin
Albani, seorang pakar hadith abad ke-20, hadith ini bertaraf sahih.
Perdebatan biasanya akan mencerminkan ‘true color’ seseorang. Di
kaca mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana “hodoh”nya
atau hebatnya akhlak mereka yang berbalah. Ada mereka yang berbalah
mengikut hawa nafsu. Ada yang bersabar.
kesian kepada mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk
perbalahan sia-sia. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu
label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada
pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.
Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan
seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” [2]
Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji
antara kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan
kepada “status” keimanan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kisah
tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi
ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan
sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.
Ada baiknya kita meninggalkan perbalahan sia-sia dalam semua hal.
Perbalahan yang sia-sia adalah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada
agama, baik agama diri sendiri atau orang lain. Abu Hurairah ada
menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “adalah termasuk
kebaikkan pada agama seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yang
tidak berfaedah.” [3]
Wallahu’alam
note : selalu berdoa berharap agar dijauhkan dari mereka yang mensia2 hidup, suka buat kacau dan suka timbulkan hal dan asik nak cari pasal.... kalo ada pon, semoga takda2 sifat2 negatif yang melekat kat diri... ohoooooo~~
oh ya, dulu-dulu orang umpamakan yang suka bergaduh ni macam anjing ngan kucing.... tapi skang aku rasa tak boleh pakai lagi dah perumpamaan tu sebab aku tengok elok je kucing berkawan ngan anjing... betol dak? haha
No comments:
Post a Comment