Terdapat pelbagai senaman membantu anda mendapat abs yang di idamkan,
tetapi untuk membantu anda mendapatkan 2 kali ganda kesan terhadap
perut anda, teruskan membaca untuk melihat makanan yang dapat membantu
anda.
Oatmeal: Anda mesti terfikir untuk mengurangkan
pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau
‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan
permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal
gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari.
Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan,
jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.
Blueberries: Kajian menunjukkan blueberries dapat
membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan,
ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.
Almonds: MUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan
peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk
mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut
kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.
Salmon: Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai
lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan
berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar
kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna
atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat
membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.
Salad: Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi
vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber.
Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi
tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main
course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.
No comments:
Post a Comment