Wanita India mendahului senarai golongan
paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan
ke-16, menurut satu kaji selidik mengenai tahap tekanan
perasaan yang dihadapi wanita.
Wanita di India
hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian
itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di
seluruh dunia.
Kaji selidik yang
dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia,
mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan
wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan
tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita
India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh
Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara
maju, tahap tekanan perasaan tertinggi dihadapi wanita Sepanyol (66
peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus).
Wanita Malaysia
(44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45
peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus).
Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12
dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
No comments:
Post a Comment