widget

Sunday, March 25, 2012

Pandora- Kuda betina yang alah pada rumput


MUKA dan sebahagian badan Pandora yang alah pada rumput dibalut dengan kain poliester.




BUCKINGHAMSHIRE - Seekor kuda betina bernama Pandora di sini alah pada rumput menyebabkan muka dan sebahagian tubuhnya dibalut dengan kain poliester.

Kuda berusia lima tahun milik seorang wanita Britain, Emily Pearce (gambar) itu akan tercungap-cungap manakala bintil-bintil besar akan timbul pada badannya jika terkena rumput.

Pandora turut memakai topeng muka bagi melindungi matanya dan haiwan itu diberi makan campuran lobak bit serta kacang soya bersama-sama 15 tablet ubat alahan setiap hari.

"Ia (Pandora) nampak kelakar tetapi pakaian itu dapat melindunginya," kata wanita tersebut.

Pearce yang bekerja sebagai jururawat veterinar membeli kuda setinggi 1.5 meter itu dengan harga £2,600 (RM13,795) beberapa tahun lalu.

wanita itu menyedari perut Pandora menjadi bengkak dan gatal lantas dia menghantar haiwan tersebut menjalani beberapa ujian perubatan.

Pakar-pakar veterinar mendapati Pandora alah pada semua jenis rumput tetapi keadaan itu tidak membahayakan nyawanya. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...