Sebuah majalah untuk Muslimah moden
dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan
gambar seksi atau mendedahkan tubuh.
Semuanya
bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam
sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang
‘mencabar’ gambar lucah.
Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.
Ala
- bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan
mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.
Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.
“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan."Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.
Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.
Ketika
ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira
5,000 dilanggan dari luar Turki.Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai
pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.
“Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran,” katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.
Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.
“Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan ‘memerangi kelucahan’ penting kepada wanita,” katanya.
Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman.
No comments:
Post a Comment