Keliru puting adalah satu keadaan di mana bayi mula keliru antara
puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier). Ini
terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. Kerana
itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol,
sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu
sekiranya tidak dapat disusukan secara terus. Tanda-Tanda Bayi Keliru Puting
Tanda utama ialah bayi akan mengamuk dan menolak apabila disusukan
secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana, aliran
susu yang lebih cepat berbanding menyusu secara terus. Susu badan
biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' dan ini menyebabkan
sesetengah bayi tidak sabar dan marah kerana susu lambat keluar.
Cara Mengatasinya
1. Cara yang paling berkesan ialah “skin to skin” contact. Maksudnya ,
ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan
tanpa memakai baju, letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia
menghidu bau badan anda dan bermain-main dengan badan anda. Anda juga
boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa
sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi
mahu menghisap dari puting anda kembali.
2.Susukan bayi anda
sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya
tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
3.
Hulur payudara anda pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana, sekiranya
anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah
marah.
4. Amalkan penyusuan secara terus untuk anak anda setiap
kali anda berada dengannya. Kurangkan pengunaan botol dan elakkan
penggunaan pacifier. Penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat
susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjalin antara ibu
dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.
kalo suka sila share :)
No comments:
Post a Comment