Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan
jerawat. Sama ada anda menggunakan produk kecantikan atau menggunakan
produk harian, ianya terpulang kepada diri anda.Mungkin anda lebih arif
mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka.
Tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda
guna setiap hari boleh membantu untuk
menghilangkan jerawat? Berikut disenaraikan cara menghilangkan jerawat
tanpa menggunakan produk kecantikan:
Aspirin (ubat demam) -
Walau bagaimana cantik pun kulit seseorang itu, pasti akan mengeluarkan
jerawat sekali-sekala. Cara untuk mengurangkan kemerahan dan
mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji
aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit
air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat dan
biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ulangi
prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat
Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi
jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian, bilas
muka anda. Ini kerana ubat gigi mampu mambantu menghidrasikan
(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada
wajah.
Minyak Zaitun- Cara ini adalah cara turun temurun yang
diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar
minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit,
sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat. Biarkan seketika,
kemudian bilas wajah anda dengan menggunakan sabun pencuci muka.
kalo suka sila share :)
No comments:
Post a Comment