Melepaskan
pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak! Ia satu
tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat
sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.
‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju
dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika
tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun
dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh
untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika
tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran
racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh
kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan
pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur,
sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney
Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis
dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and
Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus
memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12
jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila
hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh
menyebabkan kanser payudara.
“Waktu
yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra
ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang
tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut
Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu
jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon
prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang
lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser
payudara.
Selain
itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat
juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke
payudara.
Sedangkan
bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang
longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk
memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan
menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut
kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu
ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan
seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam
terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya
meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh
menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis
tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari
bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F
(36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa
guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan? sungguh tidak hebat pon..
Selain
itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem
pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian
dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran
peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
jadi, pikirlah sendiri ye :)
good info nie...
ReplyDeleteterima kasih sbb bagi info ni..
ReplyDeletemmm lepas ni ape lagi..hahaha
XD
ReplyDelete