1) Kerusi yang paling mahal adalah kerusi-kerusi yang ada di dalam parlimen, bukan kerusi di dalam dewan parlimen tetapi suatu simbol untuk mendapatkan keistimewaaan bercakap di parlimen.
2) Kerusi yang paling direbut pula ialah kerusi di dalam majlis hari jadi ataupun kerusi di jamuan akhir tahun malah majlis hari perkahwinan dan segala lain-lain majlis yang perlu duduk di atas kerusi iaitu bakal tercetus permainan rebut kerusi bersama rakan-rakan dan orang lain.
3) Kerusi yang paling orang tidak suka pula ialah berdiri di atas kerusi. Perkara ini terjadi apabila mana anda terlambat masuk kelas ataupun tidak menyiapkan kerja sekolah pada zaman persekolahan. aku lupa kalo aku pernah kena berdiri atas kerusi.. tapi aku ingat aku pernah kena rotan.. haha!
4) Kerusi yang boleh membuatkan hati anda jeles dan iri hati ialah kerusi baru jiran rumah anda dan jiran anda juga boleh dikategorikan sebagai kerusi berlagak dan bangga.
5) Sampai sekarang masih belum dilihat lagi mana-mana kerusi yang pandai bermain bola, jadi dari mana datangnya simpulan bahasa "kaki bangku"? Adik-adik, bangku dan kerusi adalah benda yang sama yer.
6) Walaupun anda duduk di kerusi pengerusi ini tidak bermakna secara automatik ataupun direct anda dilantik menjadi pengerusi dan jangan pula anda menghempuk kepala pengerusi dengan kerusi jika cadangan anda tidak diterima pakai.
kerusi oh kerusi..hihi
ReplyDelete