TAKUTKAN
ular merupakan salah satu daripada fobia yang paling biasa walaupun
ramai orang tidak pernah terserempak dengan haiwan ini. Jadi, bagaimana
perasaan takut ini terjadi?
Kajian
menunjukkan kecenderungan perasaan manusia terhadap ular
berlaku secara terevolusi iaitu mereka 'belajar' takutkan haiwan ini.
Ahli-ahli
psikologi mendapati orang dewasa dan kanak-kanak dapat mengesan imej
ular lebih pantas berbanding objek lain termasuk katak, bunga atau ulat
beluncas.
"Keupayaan ini telah dibantu oleh kelangsungan hidup manusia dalam hutan liar sejak dahulu.
"Ideanya
ialah ia berlaku menerusi sejarah evolusi yang mana manusia mempelajari
untuk takutkan ular demi meneruskan hidup dan melahirkan generasi
baru," kata pengkaji Vanessa LoBue di University of Virginia, Amerika
Syarikat (AS).
Terdahulu,
pengkaji telah mencadangkan keperluan untuk menyedari kehadiran ular
dalam dunia liar telah menyumbang kepada penglihatan yang lebih baik dan
otak yang lebih besar bagi primat-primat terdahulu.
"Perasaan ini sangat biasa," kata LoBue kepada LiveScience.
"Kita tidak melihat ular setiap masa. Jadi, tentulah tidak ada alasan kenapa kita begitu geli atau membencinya."
Para
pengkaji terpanggil untuk mengkaji ketakutan terhadap ular apabila
mereka fikir bagaimana secara universal manusia amat geli dengan 'cicak
tak berkaki' itu.
Rakannya, Judy DeLoache, sememangnya takutkan ular. "Apabila saya melihat gambar ular, saya macam... oh Tuhan...jijiknya!"
Inilah antara sebab kenapa kami mengkaji tentang bagaimana perasaan ini terbentuk.
"Firasat saya menunjukkan ada sesuatu yang membuatkan saya takutkan ular sejak dulu lagi," ujarnya.
No comments:
Post a Comment