widget

Thursday, August 30, 2012

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal---- itukah dikatakan cantek?

http://circusgirlmagazine.com/wp-content/uploads/2012/04/Gothic-Eye-Makeup.jpg

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.
"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."
Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Impakrenungantajam/pix_gal4 Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.
"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~

Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD_Wmce_VlNKajhWLPnIwoinQv67GaVbVkrQD0f9CoDBUpL5dJm-n3Mt4Zm2nX5FLEyL3e4erenSo6P2h5XHjpiLpeUg9PKdL0-Ng_-k8RNncwZ3sjmOtHnRSXYXnDbfi78MMxVF2weWI/s1600/drag+makeup.jpg Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke?
Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!
 
http://thechive.files.wordpress.com/2010/09/makeup-before-after-1.jpg%3Fw%3D500%26h%3D310
http://www.360z.net/wp-content/uploads/2011/09/www.360z.net-131.jpg
wahhh~~~~ ramainya kena tipu dengan solekan kan? 


 
 
dicilok dari szlihin.com

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

2 comments:

  1. hahhaa . saya pun suka jugak solek2 ni. tapi ala kadar je la bila keluar. tp kalau kat rumah. memang over betol2 sebab tak ada siapa yg tgk. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang kepada individu...

      saya buat sekadar nak amik pahala... XD

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...