inilah yang membuatkan saya berenti mengambil produk soya.. sebelum ni saya merupakan pengguna soya dari semahal-mahal brand sehingga lah semurah-murah brand.. mari baca kenapa..
Note: artikel ini saya amBil dari PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah
seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada
pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil,
sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk
melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang
mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi
sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk
bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika
diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual
development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran
haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan,
dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone
(2).
(1 ): komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 ): komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom
menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat
diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian
(fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang
dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam
erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian
sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk
diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan
tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.
Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim
ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama
phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga
dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah
lebih berbanding kekacang lain.
(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium,
zat besi
dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga
yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral
tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat
tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat
kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah
tempe .
(4) : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah
ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu
tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone
yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu
mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen
yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap,
seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang
sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam
phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5
biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya
serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh
menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser
tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA
KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
kalo suka sila share :)