widget

Monday, October 24, 2011

Kondom jadi fesyen kempen AIDS


SEORANG model berjalan dengan memakai gaun yang dipenuhi dengan kondom.



ROSARIO - Satu pertunjukan fesyen di Argentina yang diadakan pada Isnin lalu mempamerkan model-model memakai pakaian yang direka khas daripada kondom.

Pertunjukan itu diadakan sempena kempen memerangi AIDS dan berlangsung di Rosario, bandar raya ketiga terbesar Argentina, 300 kilometer ke barat laut ibu kota Buenos Aires.

Beberapa pereka fesyen mendakwa model-model mereka tidak menghadapi masalah memakai pakaian kondom itu kerana ia sesuai untuk semua jenis saiz badan. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Gambar mabuk cetuskan kejutan



SEORANG wanita mabuk dengan seluar dalamnya terlondeh ke bahagian kaki di Cardiff.


CARDIFF - Gambar seorang wanita mabuk dengan seluar dalamnya terlondeh sehingga di bahagian buku lali dan berjalan terhuyung hayang telah memberi kejutan berhubung budaya minum arak di Britain.

Gambar itu dirakamkan oleh sebuah akhbar tempatan di sini semasa isu minuman keras diketengahkan oleh pakar-pakar yang memberi amaran bahawa budaya ketagih arak meningkat dua kali ganda di kalangan wanita Britain berbanding negara-negara lain.

Lebih parah, gejala sosial itu bukan membabitkan golongan remaja tetapi turut menular di kalangan wanita matang dan kelas pertengahan.

Polis bandar raya Cardiff diberi kuasa merampas arak daripada orang ramai yang meminumnya di jalanan dan berkelakuan liar sekiranya mereka enggan menurut arahan.

Peraturan awam baru itu dilihat sebagai langkah permulaan untuk menjadikan jalan raya sebagai lokasi selamat kepada orang awam sebelum ia diperluaskan ke bandar-bandar lain di Britain kelak. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Kolej Royal, Ian Gilmore memberitahu satu persidangan di London bahawa kaum wanita banyak menyumbang kepada pertambahan penagih arak baru di negara itu.

"Gejala ketagihan arak di kalangan wanita semakin menjadi-jadi kerana masyarakat Britain kini dapat menerima hakikat bahawa wanita boleh minum arak sehingga mabuk." kata Gilmore. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kerap jumpa tengkorak - Sering tergali kubur 'berpenghuni' akibat tiada nisan Hulu Langat









HULU LANGAT - "Bertemu dengan tengkorak dan tulang manusia memang perkara biasa setiap kali menggali kubur di sini tetapi kami anggap semuanya sebagai dugaan.


"Apa yang kami buat ialah menutup semula kubur yang telah digali itu dan menggali semula di kawasan lain. Pernah sebanyak tiga lubang kami gali, semuanya 'berpenghuni' sehingga kami jadi bingung.


"Masuk kali keempat, barulah kami temui lubang yang benar-benar kosong," kata Abdullah Nasir, merungkai masalah kubur tidak bertanda atau bernisan tanah perkuburan Islam di Hulu Langat.


Sebagai penggali kubur, kata Abdullah, diburu perasaan takut memang ada tetapi semuanya tidak pernah melemahkan semangatnya untuk meneruskan tugasan fardu kifayah itu.


"Semua ini berlaku disebabkan kubur tidak berwaris dan dibiarkan begitu sahaja sebaik sahaja jenazah dikebumikan. Tanah kubur akhirnya menjadi rata seolah-olah tidak 'ber penghuni'.


"Akibatnya, kami yang susah kerana kerja-kerja menggali bukannya tugas yang mudah lebih-lebih lagi jika diminta menggali kubur pada waktu malam," katanya.


Menafikan dakwaan kubur tidak berwaris itu sebagai peng kebumian haram, Abdullah berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Bintang sukan latih budak jalanan tinju tomoi


SEJUMLAH kanak-kanak berlatih tinju tomoi di sebuah pusat kanak-kanak di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini.


PHNOM PENH - Seramai 20 budak yang berumur tiga tahun hingga 14 tahun berlatih tinju tomoi di sebuah pusat komuniti yang kecil di sini.

Mereka dilatih oleh legenda petinju tomoi negara itu, Eh Phuthong.

Phuthong yang telah bersara berharap dengan mendedahkan kemahiran tomoi kepada mereka, kehidupan budak jalanan tersebut akan bertambah baik.

"Mereka adalah budak yang miskin, sebahagiannya anak yatim. Saya menunjukkan kepada mereka seni mempertahankan diri supaya mereka dapat mempertahankan diri sendiri," kata Phuthong yang berusia 38 tahun.

"Saya juga memberitahu mereka supaya kekal sihat, meneruskan persekolahan dan jauhi dadah," tambahnya.

Ramai kanak-kanak menghabiskan masa dengan mengemis.

Seorang budak berusia 12 tahun yang bekerja menyelongkar sampah, Vong Nith berkata, dia kini berasa lebih yakin pada diri sendiri selepas belajar daripada Phuthong.

"Saya selalu takut akan dipukul oleh kanak-kanak yang kaya," kata Nith.

Menurutnya, takut dipukul itu menyebabkan dia keluar dari sekolah.

"Saya kini mempunyai ramai rakan di sekolah. Apabila saya besar, saya mahu menjadi petinju terkenal tomoi seperti Eh Phuthong. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

OMG! Dibebaskan selepas 30 tahun silap dipenjarakan



HENRY JAMES bercakap kepada pemberita selepas dia dibebaskan daripada penjara di New Orleans pada Jumaat lalu.


NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.

Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.

James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.

Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.

"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.

Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.

"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.

James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.

Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat.

Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu. 

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya.

Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan.

James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...