Seringkali kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai-kedai. Hakikatnya,
gula juga terdapat dalam gula mentah,
madu, sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia, gula boleh hadir
dalam bentuk glukosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa.
Gula pasir terdiri daripada 100 peratus sukrosa. Secara semula jadinya,
gula wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.
Jom baca, apakah
panduan kurangkan gula di bawah ini.
Panduan kurangkan gula
* Kurangkan memakan makanan manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.--aku boleh buat dan sedang buat.
* Lebihkan meminum minuman air kosong, kurangkan pengambilan minuman manis atau bergas.-- memang aku buat.
* Kurangkan atau elakkan terus penggunaan gula dalam minuman kopi atau teh.-- kalo takda gula sikit aku tak boleh minum ("-_-)
* Kurangkan gula dalam resipi anda. Contohnya, kandungan gula dalam resipi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualiti.--- aku tak pernah buat kek XD.
* Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label tanpa gula tambahan.- jarang beli makanan2 begini.
* Makan buah-buahan segar sebagai pencuci
mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilihlah buah-buahan
dalam tin yang menggunakan air atau jus semula jadi. Elakkan buah-buahan
yang ditinkan dalam sirap pekat.- aku lebih suka buah segar.
* Telitilah kandungan gula pada label
produk kerana terdapat pelbagai nama gula pada label makanan seperti
glukosa, sukrosa, dektrosa, maltosa, madu, sirap jagung dan sirap pekat.
* Produk yang mengandungi nama-nama gula
ini pada labelnya menunjukkan terdapatnya gula tambahan.
Berhati-hati
apabila anda membuat pilihan.
kalo suka sila share :)