Monday, September 3, 2012
Thursday, August 30, 2012
Wanita Bertopengkan Mekap Tebal---- itukah dikatakan cantek?
Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik.
Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan
masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga
timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum
dengan diri sendiri.
"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."
Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.
"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."
Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.
"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)
Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~
Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).
Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang
nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan
seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki
tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. Yeke? Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."
Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.
Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...
Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...
p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!


wahhh~~~~ ramainya kena tipu dengan solekan kan?
dicilok dari szlihin.com
Fakta tentang Kucing

1. Kucing mempunyai kebolehan menenangkan manusia (apabila seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).
2. cara kucing mandi adalah dengan menjilat dirinya setelah melalui kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.
3. Kucing boleh melompat tujuh atau 8 kali tinggi tubuhnya.
4. Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana pada mata kucing terdapat taperum lucidum, satu sel khusus yang menyerap cahaya.
5. Kucing mempunya ingatan yang lebih baik dari anjing, monyet dan semua haiwan lain
6. Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).
7. Kucing jantan mula mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, manakala kucing betina antara 5-9 bulan.
8. Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap.
9. Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan.
10. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, kemudian baru kaki kanan.
11. Fakta yang terakhir yang tak dapat disangkal adalah setiap apa yang kucing lakukan sentiasa nampak comel pada pandangan manusia..hehe
Tuesday, August 28, 2012
PROSEDUR PERCERAIAN

1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah di mana (tempat) dia
bermastautin.
2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan
kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan
ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah
untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.

3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.
4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan
mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah
menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar
Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.
5.
Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan
perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat
keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.

6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani
Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju` Negeri.
7. Pendaftar
Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan
perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.
8. Pendaftar
hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan
setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku
daftar serahan sijil cerai.
9. Bagi kes suami yang ingin
berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka
pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Syari‘ah
di mana tempat ia bermastautin/tinggal.

10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat Mahkamah.

3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.
4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.
5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.

6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju` Negeri.
7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.
8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai.
9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin/tinggal.

10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat Mahkamah.
Sunday, August 26, 2012
Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Mudah Lupa

1. Banyak makan epal yang sudah masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Subscribe to:
Posts (Atom)


