widget

Wednesday, August 17, 2011

koleksi anjing yang bernilai RM 40 juta

Koleksi Anjing Kenny Lai Mencecah RM40 Juta
Tibetan Mastiff adalah salah satu spesis anjing yang makin popular semenjak akhir-akhir ini dimana jutawan-jutawan di China berebut untuk memilikinya. Namun, bagi seorang jutawan dari Malaysia, Kenny Lai, beliau amat berbangga dengan koleksinya sejumlah 30 ekor anjing dari jenis ini dan mereka bernilai mencecah puluhan juta ringgit kesemuanya.

Memulakan bicara dengan sedikit informasi tentang anjing ini, Tibetan Mastiff adalah jenis anjing yang dikatakan raja segala anjing. Mereka berasal dari kawasan pergunungan di Himalaya dan semenjak berkurun lamanya mereka menjadi sangat berguna sebagai penjaga kuil-kuil dan ternakan.


 

Spesis anjing ini boleh hidup sehingga 14 tahun dan boleh mencecah berat sebanyak 120kg. Satu ketika dahulu, Genghis Khan dikatakan memiliki 30,000 ekor anjing ini dan dibawa ketika usaha untuk menawan Eropah. Dalam satu gempa bumi yang menimpa Yushu, China tahun lepas dijangkakan hampir 90% dari Jumlah anjing ini telah mati.

Kejadian ini telah menjadikan harga bagi baka anjing ini melambung naik dan diketahui rekod anjing termahal didunia buat masa ini adalah 1 juta Pound Sterling.


 

Kenny lai, seorang jutawan Malaysia telah mula mengumpul anjing ini sejak 3 tahun lepas. Beliau telah menjelajah keseluruh China untuk mencari baka tulen anjing ini dan akhirnya beliau telah berjaya mendapatkan sejumlah 9 ekor dengan kos sebanyak RM16 Juta.

Kini, Kenny Lai telah berjaya membiakkan sebanyak 30 ekor dan menjaga mereka di sebuah penthouse seluas 5000 meter persegi yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka dijaga dengan rapi dan hidup di penthouse mewah itu disamping bersama beberapa orang pelatih dan doktor haiwan.


Mengikut harga pasaran, koleksinya itu kini dijangkakan mencecah hampir RM40 Juta dan mungkin boleh menjadi lebih daripada itu kerana permintaan yang tinggi dari jutawan-jutawan dari China.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...