widget

Monday, August 15, 2011

negara yang menggunakan bahasa melayu

Malaysia
 
Malaysia merupakan negara yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Meskipun bahasa Inggeris dijadikan bahasa penting bagi golongan atasan dan masyarakat bukan melayu, tetapi rakyat Malaysia kebanyakannya menggunakan bahasa melayu untuk berhubung. Bahasa melayu di Malaysia dituturkan oleh orang-orang melayu, jawa, banjar dan bangsa lain seperti Cina dan India. 


Indonesia
 
Indonesia juga menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi mereka. Cuma, mereka menggelarkannya sebagai Bahasa Indonesia dan tidak mahu menggelarkannya sebagai bahasa melayu. Namun asasnya adalah bahasa melayu dari Riau yang terletak di daerah Sumatera Timur. Malah pusat kebudayaan melayu terletak di Riau negara tersebut. Walaupun masyarakat Jawa adalah majoriti di sana, tetapi mereka tetap menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Brunei
 
Di Brunei, bahasa rasmi mereka juga adalah bahasa melayu. Masyarakat di sana yang kebanyakannya berketurunan melayu kedayan menggunakan bahasa melayu yang hampir tidak ada bezanya dengan bahasa melayu di Malaysia jika dituturkan secara rasmi. Namun menurut wikipedia Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada mahasa melayu Baku. Antaranya ialah bunyi /ə/ akan ditukar menjadi bunyi /a/

Singapura
 
Bahasa melayu di Singapura adalah sama seperti bahasa melayu di Malaysia. Tidak ada beza sebutan lidah mahupun loghatnya. Mungkin faktor negara ini yang terletak bersebelahan negeri Johor, Malaysia. Malah dahulu Singapura adalah di dalam wilayah Malaysia sebelum mereka keluar membentuk negara sendiri dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara itu.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...