JAKARTA – Seorang anak perempuan duduk di hadapan motosikal dan anak lelaki duduk berhimpit di tengah tempat duduk, Purwanto serta isterinya tetap memulakan perjalanan dari Jakarta ke kampung halamannya.
Dia dan keluarga menaiki motosikal sepanjang malam selama 15 jam untuk pulang bercuti berhari raya.
Kebiasaannya pada penghujung bulan Ramadan, berjuta-juta penduduk Indonesia bersesak-sesak dengan anak-anak mereka dan membawa segala keperluan dengan menggunakan motosikal masing-masing.
Mereka memenuhi jalan raya untuk pulang bagi menghabiskan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
“Ia memenatkan tetapi menjimatkan,” kata Purwanto yang menggunakan motosikal Yamaha 225cc untuk perjalanan sejauh 560 kilometer ke kampungnya di Madiun, Jawa Timur.
Harga tambang perkhidmatan bas dan kereta api meningkat dua atau tiga kali ganda berikutan permintaan sempena cuti sambutan Hari Raya.
Berikutan itu, berjuta-juta penduduk di negara tersebut mengambil peluang untuk berjimat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan membeli motosikal buat kali pertama. – AFP
No comments:
Post a Comment