widget

Saturday, October 1, 2011

joki kerbau



SEORANG penunggang meraikan kemenangan apabila kerbaunya berada paling hadapan dalam perlumbaan itu.


SEAWAL pukul 4 pagi, hampir kesemua penduduk Phnom Penh berkumpul di luar kuil berdekatan kediaman mereka sambil membawa bekas berisi nasi. Ia bukanlah untuk hidangan sarapan sebaliknya disediakan sebagai menjamu roh-roh orang mati.

Pada bulan ke-10 mengikut kalendar masyarakat Kemboja, roh-roh orang mati akan berkeliaran di bumi.

Jadi, masyarakat di sana akan meraikan hari itu yang dipanggil Festival Pchum Ben dengan memberi makan kepada roh, bersembahyang dan mengadakan pelbagai acara lain.

Salah satu acara menarik yang sering menjadi tumpuan pada festival itu ialah pertandingan lumba kerbau dan kuda.

Diadakan di daerah Kandal kira-kira 50 kilometer dari Phnom Penh, ribuan orang akan berkumpulan untuk menyaksikan puluhan kerbau dan kuda berlumba.

Dengan setiap kerbau dan kuda akan dihias terlebih dahulu sebelum turun ke trek perlumbaan, ia menambahkan lagi warna-warni acara itu.

Salah seorang jawatankuasa penganjur, Tha Thang memberitahu, tahun ini penyertaan yang diterima oleh joki kerbau sangat memberangsangkan.


Pelbagai aksi dan ragam kerbau dapat dilihat semasa pertandingan diadakan.


"Dua tahun lepas berlaku penurunan jumlah kerbau yang berlumba iaitu hanya sekitar 17 ekor berbanding 40 tahun pada tahun 2008. Tahun ini, dengan pelbagai promosi yang kita lakukan, kita menerima penyertaan ramai joki-joki muda," katanya.

Perlumbaan kerbau dan kuda sudah menjadi satu tradisi wajib pada setiap kali Festival Pchum Ben.

"Kami akan mengadakan acara ini selama beberapa hari. Selain lumba kerbau dan kuda, acara lain yang diadakan termasuk bertinju," kata Tha Thang.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...