widget

Sunday, October 16, 2011

Pitt bijak rakam gambar Jolie



JOLIE berjenaka dengan anak angkatnya, Maddox.


LONDON - Berbeza dengan watak Lara Croft yang melonjakkan nama Angelina Jolie sebagai wanita lasak, dia turut mempamerkan kelembutan sebagai seorang ibu ketika meriba seorang anak kembarnya.

Imej itu terserlah menerusi gambar-gambar yang dirakamkan oleh kekasihnya, aktor Brad Pitt untuk sebuah majalah hiburan Amerika Syarikat (AS), W.

Pitt merakamkan detik-detik bahagia Jolie dengan anak-anaknya di kediaman mereka, selatan Perancis.

MIMIK muka Jolie berbentuk mulut seekor ikan.


Gambar-gambar itu dirakam tujuh minggu selepas Jolie melahirkan kembar perempuan, Knox dan Vivienne.

"Saya bernasib baik kerana hidup bersama-sama orang tersayang termasuk Pitt yang merupakan rakan rapat dan seorang bapa yang hebat," kata aktres itu.

Semua gambar itu dirakamkan dalam bentuk hitam putih dengan menggunakan filem klasik Kodak Tech Pan yang ditempah khas dari Tel Aviv, Israel. 

Dalam satu imej, Jolie dilihat merenung ke arah kamera sambil menyusukan seorang bayi kembar mereka.

Aktres tersebut kerap tampil dengan imej simbol seks tetapi sesi rakaman bersama-sama keluarga itu lebih menonjolkan detik-detik ceria Jolie.

Dia turut dirakam ketika duduk sambil ketawa melihat celoteh anak angkat lelaki, Maddox yang tidak kering gusi mendengar jenakanya.

Kebanyakan gambar itu menunjukkan Jolie tampil dengan senyuman tetapi terdapat satu imej yang diambil ketika dia belum melakukan sebarang persediaan.

PITT turut merakamkan imej Jolie bersama-sama dua anaknya.


Satu gambar menunjukkan pelakon itu terkejut ketika sedang makan hamburger.

Jolie dan Pitt menjalin hubungan cinta sejak tahun 2005 dan memiliki tiga anak angkat Maddox, Pax Thien dan Zahara M arley selain tiga zuriat sendiri, Shiloh Novel serta pasangan kembar Knox dan Vivienne. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...