widget

Sunday, October 16, 2011

Simpan mayat ibu kerana pencen RM996


WALLASEY - Gara-gara mahu mendapatkan duit pencen bulanan berjumlah £200 (RM996), seorang aktres di Britain tergamak menyimpan mayat ibunya selama enam bulan di rumahnya.

Aktres berkenaan Hazel Maddock, 61 dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, berdepan hukuman penjara selepas mengaku bersalah gagal melaporkan kematian Olive, 95, di sebuah mahkamah di sini. 

Polis menemui mayat Olive yang reput dengan separuh tubuhnya dimakan tikus di belakang pintu bilik tidur kediaman Hazel di sini, barat daya England.

Hazel turut mengaku salah kerana memalsukan tuntutan pencen kerajaan yang diberikan kepada ibunya.

Beberapa jiran kedua-dua wanita itu yang ditemui berkata, mereka terkejut dengan penemuan tersebut dan apa yang dilakukan oleh Hazel dan Jasmine.

"Apa yang mereka dilakukan amat menjijikkan. Hanya untuk mendapatkan wang lebih, mereka sanggup membiarkan mayat ibu mereka dalam keadaan itu," kata seorang jirannya.

Siasatan forensik mendapati punca kematian Olive adalah disebabkan faktor semula jadi dan dia meninggal dunia di antara dua hingga enam bulan lalu. 

Hazel yang menggambarkan dirinya sebagai pelakon, penyanyi dan penghibur berpengalaman pernah muncul dalam drama tempatan, Hollyoaks and The Outsiders. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...