widget

Tuesday, November 22, 2011

Kemboja sekat penggunaan siren kereta



KEADAAN jalan raya di Phnom Penh sesak berikutan pertambahan kenderaan.



PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja mengeluarkan arahan mengehadkan penggunaan siren oleh pegawai atasan bagi mengurangkan bunyi bising dan kesesakan di sini.

Pihak berkuasa sering menggunakan siren untuk memastikan kenderaan kenamaan bergerak pantas di jalan raya dengan memastikan laluan trafik lain dipaksa berhenti.

Namun, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri, Him Yan berkata, mulai semalam hanya Perdana Menteri, Hun Sen, Speaker Parlimen dan Dewan Senat serta kerabat diraja dibenarkan membunyikan siren pada kenderaan mereka.

Langkah itu dijangka menyebabkan 10 menteri Kabinet terpaksa tersekat di dalam kesesakan trafik yang teruk seperti dialami 1.4 juta penduduk bandar raya Phnom Penh.

Masalah kesesakan mulai ketara apabila ramai penunggang motosikal menukar kepada kereta dan mengakibatkan 1,000 orang maut setiap tahun di jalan raya. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...