Waktu Maghrib
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan
juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak
interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w.,
"Apabila
hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana
syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian
daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan
sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu
yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua
bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan
sesuatu di atasnya..."
(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)
Waktu Isyak
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Waktu Subuh
Pada
waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)
- dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
No comments:
Post a Comment