hitam macam arang? korang tau dak arang tu banyak faedah... hitam bukan sebarang hitam.... haha... baca artikel kat bawah ni..
TERINGAT cerita
dalam filem legenda, Nujum Pak Belalang – si Belalang membuat air kopi
untuk tetamu menggunakan arang yang diambil dari bontot kuali. Sebut
fasal meminum arang, pasti ramai di antara kita berpendapat ia adalah
kotor dan menjijikkan. Tapi, tahukah anda bahawa arang sebenarnya telah
lama digunakan sebagai ubat dalam sejarah dunia perubatan?
Seawal
tahun 1,500 Sebelum Masihi (SM) lagi, masyarakat Mesir telah mula
menggunakan arang sebagai medium penyembuh luka dan pembersih usus.
Selepas lebih 1,100 tahun kemudian, seorang ahli perubatan pada tahun 460 SM, Hipokrates turut menggunakan bahan berwarna hitam itu untuk merawat penyakit epilepsi, klorosis dan penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria yang dipanggil sebagai antraks. Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil, sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang-orang dahulu.
Sungguhpun
begitu, sejarah banyak menyaksikan ramai yang tidak percaya akan
keberkesanan arang dalam perubatan. Lantaran itu, pada tahun 1831,
Profesor Touery dari Akademi Perubatan Perancis melakukan demonstrasi
bagi menunjukkan betapa arang begitu istimewa dalam bidang klinikal. Di
depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya
dengan meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang.
Hasilnya, Touery tidak mengalami komplikasi berat dan masih bernyawa. Jika
difikirkan secara logik, mustahil seseorang itu boleh terus bernyawa
lebih-lebih lagi setelah mengambil racun. Tapi, mengapa bahan berbahaya
itu tidak mendatangkan mudarat dan bagaimana hal luar biasa itu boleh
berlaku?
Menurut
Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa,
sebetulnya mampu menyerap 60 peratus zat beracun di dalam tubuh. Jika
diminum, benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan seperti
perut, usus kecil dan usus besar. Keberkesanannya akan dapat dilihat
beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki
pori yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat
tinggi.
Pada
abad ke-20, penggunaan arang semakin luas dan ia digunakan sebagai
agen anti kanser dalam tubuh manusia. Kajian yang dijalankan oleh Japan Science and Technology Agency dengan kerjasama Japan Cancer Institut mendapati, arang atau karbon diubah menjadi nanohorn iaitu sebagai medium membunuh kanser atau tumor tanpa sebarang kesan sampingan.
Malah,
jangan terkejut kerana arang telah dibuktikan bersifat antipenuaan dan
memanjangkan usia sebanyak 40 peratus. Penemuan ini adalah hasil
penelitian yang dijalankan oleh Richard C. Kaufman dari National Health Federation,
Minessota di Amerika Syarikat. Percubaannya ke atas haiwan mendapati
arang berkebolehan menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan
beracun yang boleh merosakkan sel badan.
Di
samping itu, di Jepun misalnya, selain menggunakan arang dalam bidang
perubatan, bahan tersebut juga dijadikan sebagai komponen utama dalam
upacara minum teh sejak tahun 1522. Malah, untuk aktiviti menanam teh
pun tetap menggunakan benda hitam itu.
Di
bahagian timur Shizuoka, Jepun, umpamanya, para pekebun teh menaburkan
arang di sekeliling tanaman teh sejak puluhan tahun dahulu. Takehiko
Hoshi dari Tokai University di Jepun kemudian meneliti efek arang
terhadap tanaman tersebut. Keputusannya memang mengagumkan kerana teh
yang ditaburkan arang mengalami pertumbuhan tinggi dengan jumlah
penuaian meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tanaman yang tidak
ditabur arang.
Lantaran
kemahiran manusia semakin tinggi, sisa kayu terbakar itu kini diubah
suai dan dimodenkan. Antaranya, arang-arang itu dibentuk dalam berbagai
rupa untuk kegunaan dalam banyak perkara seperti penyegar peti sejuk
agar tidak berbau, bekas bunga, perhiasan meja dan dinding rumah. Bahkan
di Taiwan, arang telah dijadikan sebagai baju, selimut, sarung kaki
dan langsir.
Hasil analisa yang dijalankan oleh Ema Hsieh dari Taiwan Industrial Technology Research Institut
ke atas produk tersebut menemukan suatu yang istimewa. Hsieh mendapati
bahawa arang memiliki kemampuan untuk melepaskan sinar ultra
inframerah yang menghangatkan tubuh.
Kemampuan
ini dianggap baik untuk memperbaiki peredaran darah, melepaskan ion
negatif dan menyeimbangkan tenaga dalam badan, penenang fikiran dan
seluruh bahagian badan serta bisa menghalau radiasi gelombang
elektromagnet perosak sel tubuh.
Justeru,
manfaatkanlah arang. Tidak hanya sebagai bahan pembakar, tapi di
sebalik legam arang itu tersembunyi banyak manfaat berguna kepada
manusia. Soalnya, apakah kita sanggup, meminum arang semata-mata untuk
tampil sihat? Rasanya, ramai di antara kita lebih rela mengambil ubatan
moden berbanding benda hitam yang dianggap kotor itu.
pst- rasa macam nak cari arang then tumbuk halus2 pastu tempek kat muka buat mask! hihi
nice info broo ;-)
ReplyDelete