1. Beras hitam
Beras merah tidak dinafikan lagi baik untuk kesihatan. Namun beras hitam
sebenarnya jauh lebih baik lagi kerana beras hitam ini mengandung
vitamin E dalam jumlah yang tinggi.
Rutin mengambil beras hitam akan meningkatkan sistem imunisasi
(kekebalan) tubuh dan melindungi sel dari bahaya radikal bebas. Beras
hitam juga mengandungi antioksidan antosianin lebih tinggi dibanding
blueberries.
tiba-tiba teringat wajik.. hmmm...manis:)
2. Lentil hitam
Kelompok kekacang ini kaya dengan zat besi. Satu cangkir black lentil (Lens culinaris) mengandungi 8 mg zat besi, hampir separuh dari pengambilan harian yang dianjurkan, 18 mg per hari untuk perempuan.
Lentil juga kaya dengan serat larut yang boleh menurunkan kolesterol dan meningkatkan fungsi imunisasi tubuh.
Kacang lentil sangat kaya protein dan serat, dan juga mampu melindungi
kita dari serangan kanser payudara. Para peneliti Amerika berhasil
membuktikan bahawa bahan makanan yang rendah daging dan karbohidrat,
tapi kaya kekacang mampu menurunkan risiko kanser payudara.
3. Blackberries (Beri hitam)
Polifenol yang ditemui dalam buah beri hitam ini diketahui mampu
mencegah penurunan fungsi kognitif yang terjadi kerana penuaan.
Polifenol akan bekerja membersihkan sel-sel yang mengganggu fungsi otak.
Buah ini juga kaya dengan serat.
Penelitian baru menunjukkan bahawa blackberry (juga dikenali sebagai
raspberry hitam) mengurangi risiko diserang kanser. Pengkaji di Ohio
State University menemui blackberry dapat melindungi seseorang dari
serangan kanser kerongkong.
4. Kacang hitam
Manfaat kacang hitam bagi kesihatan berasal dari berbagai sebatian yang
terkandung di dalamnya. Kacang hitam memiliki kandungan zat antioksidan
yang tidak kalah dengan buah-buahan. Kandungan antioksidan inilah yang
membuat kacang hitam mampu mengurangi risiko penyakit jantung.
Kulit berwarna hitam yang menyelimuti kacang ini sarat dengan
bioflavonoid, nutrisi dari tanaman yang mampu melawan kanser, stroke dan
diabetes.
5. Kacang soya hitam
Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Korea menemui pengambilan kacang soya hitam (Glycine soja)
secara teratur akan mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang
boleh mengakibatkan kematian. Kacang soya hitam juga mengandungi asam
alpha linoleat, jenis asam omega-3 yang mengurangi risiko penyakit
jantung.
Kacang soya hitam mempunyai kandungan protein yang bervariasi antara
37-41 %, serta kandungan lemak 11-21 %. Kandungan asam mino glutamate
pada kacang soya hitam sedikit lebih tinggi dari pada kacang soya
kuning, kerana itu rasa kacang soya hitam lebih gurih di bandingkan
kacang soya kuning.
Berdasarkan penelitian yang disampaikan oleh para ahli , kacang soya
hitam (Black Soya) memiliki banyak manfaat antara lain untuk menurunkan
berat badan, mengurangi kadar kolesterol LDL, melindungi dari diabetes
type 2 bahkan sangat berguna untuk wanita.
6. Teh hitam
Teh hijau dan teh putih lebih terkenal dalam hal kesihatan. Padahal, teh
hitam juga tidak kurang bagusnya. Teh ini mengandung teaflavins,
antioksidan yang bermanfaat mempercepatkan penyembuhan kesakitan pada
otot setelah berolahraga. Minum teh hitam juga menurunkan risiko terkena
serangan jantung.
India, Sri Langka, Bangladesh dan Indonesia merupakan penghasil teh
hitam terbesar di dunia. Hampir 80% dari keluaran teh hitam seluruh
dunia berasal dari rantau ini. Di China, teh hitam lebih dikenali dengan
nama teh merah.
7. Jintan hitam (Habbatus sauda')
Dari Abu Salamah r.a, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam (maut)." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment