Tidak semua
suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang
mampu menaklukan isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai
pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada
suami yang takut dengan isterinya. Adakah anda termasuk suami takut
isteri?
Banyak
faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan
sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu ciri
suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang
berikut:
1. Selalu menuruti permintaan isteri.
Jika ada
suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah
suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana
rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada
pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.
2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya
mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat
dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut
mengarahkan si suami menjadi takut isteri.
3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang
yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan
itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal,
namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.
4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan
yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk
dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas
gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk
mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.
5. Isteri penuntut dan cemburu.
Ciri suami
takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri
yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri.
Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan
suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri.
Bagaimana,
adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja kelima
ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada pada diri
anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.
No comments:
Post a Comment