1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda
berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit.
Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi
jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan
ringan.---- yang aku sangat berjaya buat! XD
3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja
nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan makan lewat malam. Jika
anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi
sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar,
minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan
tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan
metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan
5-7 hidangan sederhana sehari.--- yang ni pon berjaya buat XD
7. Kawal nafsu makan anda kerana
ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah
sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal
nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu
makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara
hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta
antara makan tengahari dan makan malam.---- dulu2 aku amik soy protien, tapi sekarang dah berenti amik benda2 macam ni.
9. Anda boleh
menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat
badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara
pemakanan yang betul dan sihat.--- semua ubat-ubat kurus dipasaran tu hanya membantu anda menurunkan berat badan je.. tapi jika anda sendiri tak bantu diri sendiri, kirim salam lah untuk dapat hasil yang baik.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal
anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda
tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan.
Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan
aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak
dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.---- aku pernah pakai step counter... target sehari ialah 10000 langkah! adakala tak sampai, adakala lebih.. kalo korang pakai pergi shopping, kompom capai 10000 langkahXD.. murah je alat ni--- rm5
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada
waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak
20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke
hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini,
anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah
berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
12. jangan lupa minum air masak.... berusaha minum 1-2 liter sehari.. nak tau macam mana kornag dah cukup air? cek air kencing korang.. tengok kaler apa.. kalo kuning, banyakkan minum air masak..untuk pengetahuan korang, dalam seminggu mungkin sekali dua je aku minum air manis... setiap kali pergi makan aku akan order air suam... aku berjalan aku bawa air mineral, kat rumah air masak wajib kena ada atas meja tepi laptop yang aku sedang menaip ni XD
kalo suka sila share :)
No comments:
Post a Comment