widget

Thursday, June 21, 2012

gambar-gambar penanggal

Penanggal ni adalah hantu PEREMPUAN yang menuntut ILMU HITAM untuk kepentingan tersendiri seperti nak MEMUSNAHKAN MUSUH dia, jaga KECANTIKAN, jaga KEBUN dll. Nama penanggal diambil dari kata dasar, TANGGAL yang merujuk sifatnya yang terpisah kepada 2 bahagian, kepala dan badan (putus kat leher). Akibat dari pisahan tersebut habis la isi perut dia terburai. Sesiapa yang kena darah isi perut ini ada kumungkinan dapat sakit kudis. Penanggal juga ada nama dan jenis yang berlainan seperti berikut: 

Tengelong – Kedah, Malaysia ( penanggal biasa )
Engkalan – Sarawak, Malaysia ( penanggal biasa )
Balan-balan – Sabah, Malaysia ( penanggal lelaki, menjangkitkan ilmu kepada keturunan melalui makanan)
Krasue – Thailand ( penanggal biasa )
Leyak @ le-ak – Bali, Indonesia ( penanggal biasa tapi boleh berubah bentuk jadi binatang seperti babi )
Manananggal – Filipina ( penanggalannya bermula dari pinggang bukan leher)

Menu Penanggal
Semua benda hidup memerlukan makanan begitu juga penanggal. Makanan penanggal ialah DARAH PEREMPUAN BERSALIN, URI dan BUDAK YANG ADA DALAM PERUT mak dia lagi. Mula-mula penanggal akan menggunakan ilmunya untuk melesing bidan yang nak sambut bayi tu sehinggalah mak bidan tersebut pengsan. Lepas itu baru dia attack ibu mengandung yang dalam kesakitan tadi. Sudah pasti perempuan mengandung tu dah tak boleh buat apa dah kan. Kemudian barulah disantapnya menu tadi. Tapi yang itu versi yang kejam, ada juga yang versi biasa ja. Kalo yang biasa penanggal akan hirup darah perempuan bersalin.

Cara Nak Kantoikan
Senang ja nak kantoikan penanggal ni. Masa penanggal tu mencari mangsa, tubuhnya yang tiada kepala tu diterbalikkan. Nanti bila dia nak pasang kepala dengan badan mesti kepala dia menghadap belakang, badan pula menghadap depan. Esoknya kalo dia keluar rumah mesti kantoi punya la.




Cara Nak Bunuh!

Kalo asyik bunuh ibu brsalin ja mesti la kita kena balas. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membunuh penanggal.
a) Teknik yang paling biasa digunakan ialah dengan meletakkan daun mengkuang dekat pintu dan tingkap rumah org yang nak bersalin. Lepas tu sertakan juga dulang yang ada kain putih @ kuning dan kacip pinang. Kacip Fatimah tidak diperlukan, yang itu khas untuk orang lepas bersalin untuk mengecutkan rahim. Nanti isi perut penanggal akan tersangkut kalo dia lalu tempat yang ada daun mengkuang tadi. Potong ja la pakai kacip pinang. Biar die mampos!!

b) Sumbat bawang putih lenyek dan abu ke dalam tubuh penanggal. Akibatnye nnt die dh x bleh nk cantum dngn badan die sendiri kerane dh dipenuhi abu dn die x suke bawang putih mcm pontianak la.

c) Siapa yang jadi penanggal mesti ade tempayan cuka. Fungsi tempayan tu bila dia balik rumah nanti dia akan rendam isi perut dia ke dalam cuka sebelum nak bercantum balik. Katanya senang sikit nak cantum sebab isi perut dia dah kecut kena cuka. Oleh itu, kita carik pokok berduri dan letak dekat mulut tempayan cuka tadi. Penanggal takut dengan duri jadi dia hanya akan mampu berlegar-legar sampilah penat. Masa azan subuh nanti penanggal akan terbakar dan mampoossss……



d) Kaedah ini rugged siki, tangkap penanggal tu dan hentak ja dengan kayu besball. Abis cita….
 

menjadi tak gambar-gambar penanggal ni? bukan aku yang lukis.. aku cilok dari belog epic-scene.. hee hee

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...