widget

Friday, June 22, 2012

cara atasi kulit geleber

Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoSdOBY_dGlVzy8D514cqP3pd7PnnTx6Hd4cxNwf4bx5zvV1Tmst2V81Tr18vyDS_5xALrMjFYcclhc4aANA2VgEIACjj5WYRcrxUrYXRgKby0nQ0SbWQVSD0Ek9Ch9oWEfzVEgdX7GkA/s1600/kucing+sphynx1.jpg
Pilihan 1: Ambil 10 liter air dicampur dengan 500 gram daun teh (lebih baik lagi jika anda gunakan ‘white tea’ jenis daun teh Cina yang tidak diproses peram). Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Amalkannya setiap pagi.

Pilihan 2: Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan segelas air. Ramuan dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

Pilihan 3: Daun katuk atau cekur manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.

Pilihan 4: Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah. Biarkan kering dan bilas bersih.

Pilihan 5: Ambil 2 biji pisang embun. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Apabila sudah kering, bilas bersih.

Pilihan 6: Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan kering dan bilas.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...