9 - Zizan
Zizan
melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip
berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang
kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak
Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas
memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia
bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika
Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port,
mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
8 - Ana Dahlia
Pelakon
baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia
juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra.
Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster
filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani
itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.
7 - Arja Lee
Bagi
pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin
popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem
tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap
itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan
mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi
Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir
di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta
kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan
permintaan saya itu ggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda
itu "Alat Sulit" saya tak nampak.
6 - Fasha Sandha
Fasha
Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak
Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha
Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha
Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa.
Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam
orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika
mandi.
5 - Remy Ishak
Remy
Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita
pendek"Comolot" yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan
songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu
kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.
4 - Nabila Huda
Filem
Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur
gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks
luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18
tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan).
Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa
dengan kekasihnya yang curang.
3 - Maya Karin
Izzah
(Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat
kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil
tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang.
Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang
tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan
bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga
yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka
jahanam itu.
2 - Nurul Ain
Artis
baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan
kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang
mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem
berjudul "Suatu Malam Kubur Berasap" tersebar luas di internet.Menurut
Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam
persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum
digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar
tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.
1 - Zul Handy Black
Lakonan
Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu
adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan
ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula
dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya
oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir.
Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
KISAH
benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung,
Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul
filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan
cerita berasal dari tanah seberang itu.
No comments:
Post a Comment