Dalam dunia moden kita kini, amat mustahil mahu mencari sesuatu yang betul-betul “selamat” dan tidak memudaratkan. Dengan adanya kuasa-kuasa besar syarikat korporat yang mahu menjual pelbagai jenis produk dan jenama – semuanya atas dasar keuntungan, dengan menjaja nama “kemudahan, penjimatan dan teknologi”.---- dan kesian kepada orang-orang yang mudah percaya.
Tetapi benar kah? Terlalu banyak produk pakai buang (disposable) yang berebut-rebut mahukan perhatian di pasaraya dan di iklan televisyen/surat khabar/majalah. Produk-produk sebegini digelar Fast Moving Consumer Goods (FMCGs), di mana ianya mempunyai jangka hayat yang pendek (pakai & buang) dan memberikan faktor kemudahan kepada pengguna. Kita pula terlalu sibuk dengan kehidupan seharian dan mahu menjimatkan masa sebanyak mungkin sehinggakan tidak terfikir akan bahaya yang mungkin ada pada produk-produk seperti ini.
BAHAYA PRODUK PAKAI BUANG (DISPOSABLES)
Dioxin (Proses Pemutihan)
Tuala wanita, tampon dan lampin pakai semuanya berwarna putih, bukan? Ini kerana majoriti produk-produk ini melalui proses pemutihan kain kapas (bleaching) yang menggunakan bahan kimia bernama Dioxin. Jumlah akhir Dioxin yang wujud mungkin kecil, tetapi bahan kimia ini boleh berkumpul di dalam badan kita kepada jumlah yang berbahaya selepas penggunaan yang berterusan. Cuba bayangkan, kaum wanita menggunakan produk-produk sebegini setiap bulan semenjak remaja sehingga menopaus, berapa banyakkah Dioxin yang akan berkumpul dalam badan kita?
Dioxin dikaitkan dengan penyakit-penyakit seperti: Endometriosis, Keradangan pelvik, Kanser payu dara, Kanser ovari, Kecacatan bayi, Keguguran, Masalah kesuburan, Diabetes dan Kerosakan sistem imun.
Produk-produk yang diperbuat daripada bahan sintetik rayon (untuk fungsi penyerapan lebih) juga mempunyai Dioxin.
Bahan Kimia dari Racun Serangga
Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang diperbuat dari kapas. Tanaman kapas ini disembur dengan bahan kimia seperti racun serangga dan pembunuh kuman yang mempunyai bahan kimia bernama Furan. Bahan kimi ini juga kekal dalam produk-produk ini dalam jangka masa yang lama dan boleh berkumpul dalam badan kita.
Furan dikaitkan dengan: Kecacatan bayi, Bayi pra-matang, Kemandulan, Gangguan fungsi thyroid, Gangguan kestabilan hormon, Diabetes dan Endometriosis.
Bahan Plastik, Pewangi Dan Penyah-Bau (Fragrances & Deodorants)
Pewangi & penyah-bau ditambah semasa pemprosesan untuk “mewangikan dan meyamankan” keadaan. Ianya boleh menyebabkan alergi kulit dan mengganggu kestabilan vagina.
Plastik yang digunakan untuk lapisan “dry weave” atau “dry feel cover” boleh menyebabkan alergi kulit, infeksi vagina dan kegatalan.
Penggunaan Tampon: Toxic Shock Syndrome (TSS)
Penyakit ini amat biasa kepada pengguna tampon. Jika tampon digunakan untuk waktu yang lama, bakteria Staphylococcus aureus akan tumbuh di dalam vagina, dan ianya membebaskan toksin dan bahan beracun ke dalam saluran darah.
TSS sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak dan lebih teruk, kematian!
Tampon juga mungkin boleh menyebabkan: Cirit-birit, Muntah-muntah, Pening dan Demam.
Bahan-bahan yang Tidak Diketahui
Kebanyakan produk pakai buang dibuat di negara China dan India (untuk jimat kos lah, apa lagi?) Bahan-bahan dan cara pemprosesan mungkin tidak diiktiraf, tidak dijalankan pemeriksaan dan diberitahu diberitahu umum. Kita tak akan tahu apa lagi bahan-bahan kimia lain yang ditambah ke dalam produk-produk ini!
Tiada Tarikh Luput
Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang juga tidak ada jangka hayat atau “expiry date.” Kita tidak tahu bila ianya dihasilkan, dan berapa lama ianya sudah berada di dalam pasaraya. Mungkin sudah berbulan atau bertahun! Apakah kesan menggunakan produk-produk yang sintetik, dan juga mungkin telah luput?
note : jadi, korang takutlah nak pakai pad lepas ni? haha~~
No comments:
Post a Comment