Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang
yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang
kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut
wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa
mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang pucat
Tidak
kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet
dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin
menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau
mengawalnya.
Bibir yang tipis
Tipis
bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya
banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya
sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja.
Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka
bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap
lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki
mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga
mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh
diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab.
Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang
diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka
apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi
keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga
menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh
dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang
berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan
baik dan mengunci rapat.Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang
,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah
segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan
bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta
bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak.
Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk
membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan.
Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya
kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.Dia
juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau
memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk
meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang
pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai
memanfaatkan keistimewaan diri .
No comments:
Post a Comment