widget

Friday, September 23, 2011

kaitan senaman dengan saiz payudara

‘Saya takut nak bersenam kerana takut tetek saya mengecil’




Begitu antara keluahan dan persoalan yang kerap didengar daripada perempuan. Adakah senaman akan membuatkan saiz payudara menjadi kecil? Jawapannya Ya dan Tidak. Pertama sekali perlu diketahui bahawa payudara terdiri daripada tisu lemak dan dibahagian dada juga ada otot dada atau pectoralis.




Latihan bebanan yang betul dengan diet yang cantik akan memberikan kesan pembentukan kepada seluruh badan dengan pengurangan lemak. Jadi jika lemak mula mengurang, terdapat juga lemak tidak perlu di bahagian payudara dan sekitarnya yang turun dan membentuk bentuk payudara yang sepatutnya anda kelihatan. Dalam masa sama, otot dada meningkat dan menampakkan saiz payudara lebih besar.


Kes yang berbeza untuk perempuan-perempuan yang bertanding untuk bina badan, miss fitness dan sebagainya yang memerlukan mereka untuk merendahkan lemak badan serendah yang boleh. Perempuan biasa 18% peratus lemak dah masuk kategori yang baik. Jika rendah daripada 12%, saiz payudara akan mengecut. Jika ingin membesarkannya kembali, samada tambahkan kembali lemak atau pembedahan memasukkan implan silicon. Kebanyakan perempuan yang bertanding pertandingan-pertandingan begini, biasanya akan buat pembedahan supaya nampak besar.

Adakah Senaman Boleh Besarkan Saiz Payudara?

Bila berlaku penambahan otot dada, payudara boleh kelihatan lebih besar dan memiliki bentuk yang lebih baik. anda boleh lakukan senaman dada dengan ulangan 8 hingga 12 kali untuk kesan hipertrofi.

Senaman bahagian dada untuk perempuan juga ada 1 kebaikan yang rasanya semua hendak. Bila perempuan berkahwin, memiliki anak atau dengan peningkatan usia, keadaan payudara akan kelihatan jatuh. Senaman-senaman seperti cablecross, dumbbell pullover, dip akan membantu menegangkannya kembali untuk kelihatan seperti anak dara. Dengan membina dan menguatkan otot serratus akan menyokong payudara naik kembali.


 

edit & credit dari  zaki khan

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...