widget

Friday, September 23, 2011

kesan menghisap jari





bayi yang menggunakan botol susu, puting palsu (pacifier) atau menghisap jari berkemungkinan terdedah kepada risiko tinggi mendapat gangguan pertuturan apabila dewasa nanti.

Para penyelidik kesihatan dari Corporacion de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur di Patagonia, Chile dan Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS) telah mengkaji sejumlah 128 orang kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia di antara tiga hingga lima tahun itu tergolong dalam kumpulan yang memiliki amalan menghisap jari. Mereka yang menghisap jari atau menggunakan pacifier untuk tempoh melebihi tiga tahun didapati tiga kali ganda menghadapi masalah menyebut sesetengah perkataan apabila memasuki prasekolah.



“Hasil kajian mendapati tabiat menghisap jari atau puting palsu boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan anak kecil,” kata Clarita Barbosa, salah seorang penyelidik. Dia memberitahu terdapat peningkatan dari segi penggunaan botol susu dan puting palsu sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Laporan tersebut turut mendedahkan koordinasi antara pernafasan, mengunyah, menelan dan kepetahan bertutur ada kaitan dengan penyusuan ibu

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...