Kenapa Ketiak Boleh Jadi Hitam?
1. Kerana Mencabut dan Mencukur Bulu Ketiak - Jika anda mencukur bulu
atau rambut ketiak adalah penyebab utama ketiak anda menjadi hitam.
Kulit di ketiak sangat tipis dan sensitif. Setiap kali anda mencukur
atau mencabut bulu ketiak, luka di kulit ketiak membuatnyat berwarna
gelap setelah sembuh. Anda mungkin tidak menyedari
hal ini, tetapi cubalah siramkan alkohol atau lotion di ketiak anda
setelah mencabut atau mencukur. Kulit ketiak anda pasti terasa sakit
membakar kerana melecet. Mencukur bulu ketiak juga dapat menyebabkan
folikel rambut membesar, sehingga ketiak anda menjadi kasar seperti
kulit ayam. Jika anda mencabutnya, ia akan menarik akar rambut,
meninggalkan bekas pecah dan bengkak.
2. Kehamilan - Setelah
bersalin, kulit di ketiak dan beberapa bahagian tubuh lain seperti
leher, perut, dan pinggang menjadi gelap. Hal ini normal kerana hormon
di tubuh anda semasa hamil memungkinkan pelepasan terlalu banyak melanin
(pigmen coklat yang menentukan warna kulit) sehingga kulit di beberapa
bahagian tubuh itu mengalami hiperpigmentasi atau menjadi hitam.
Hiperpigmentasi ini tidak mudah dihindari, namun ia akan menghilang
dalam beberapa bulan setelah bersalin.
3. Penyebab lain -
Beberapa deodoran dapat menyebabkan alergi dan iritasi kulit yang
mengakibatkan kulit ketiak menghitam. Kegemukan juga dapat memperburuk
pigmentasi dan menggelapkan beberapa bahagian tubuh, termasuk tengkuk,
ketiak, dan belakang lutut.
Biasanya ketiak menjadi hitam
apabila kita tidak berhati-hati semasa bercukur atau pun mencabut bulu
ketiak. Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tidak
berhati-hati apabila mencukur bulu ketiak. Akibatnya segala kandungan
yang ada dekat deodoran, bedak, atau segala yang diletakkan pada ketiak,
ia akan memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi, dan secara
langsung menghitamkan ketiak anda.
• Setiap kali anda ingin mencukur ketiak, pastikan pisau cukur itu betul-betul tajam.
• Guna shaving cream dan bercukur pada satu arah saja.
• Gunakan scrub secara teratur dan gosok perlahan-lahan supaya sel
kulit yang mati dapat ditanggalkan. Berhenti jika terasa pedih.
kalo suka sila share :)
ermmm betul tu. pernah juga mengetahui puncanya.... kena lah menjaga juga kan..
ReplyDeleteXD
ReplyDelete