widget

Wednesday, June 13, 2012

petua untuk dapatkan tidur yang berkualiti

http://isucceedbook.com/wp-content/uploads/2011/10/good-sleep.jpg 
1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir
 
Masalah kerja atau bisnes jangan dibawa ke bilik tidur. Anda perlu menetapkan fikiran bahawa bilik tidur hanyalah untuk tidur dan bukannya untuk memikirkan mengenai masalah lain.
2. Elakkan meletak TV di bilik tidur
TV akan membuatkan rasa ingin menonton apabila anda tidak dapat tidur dan ini akan menjadikan anda lebih lewat untuk tidur. Kajian juga mendapati mereka yang susah untuk tidur adalah disebabkan adanya TV di bilik tidur.
3. Elakkan daripada mengambil kafein
Kandungan kafein boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Kesan daripada kafein yang anda ambil berkemungkinan akan menjadi lebih lama daripada apa yang anda jangkakan. Pada kebiasaannya, kesan kafein dirasai selama lapan jam sebelum kesannya hilang daripada tubuh anda. Sekiranya anda meminum kopi pada waktu petang dan menghadapi kesukaran untuk tidur pada sebelah malam, berkemungkinan ia adalah kesan kafein yang anda ambil pada petang tadi. Merancang masa pengambilan kafein boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih mudah.
4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang
Beriadahlah di petang hari atau pun luangkan masa bermain bersama anak anda. Apabila badan anda letih, ia mampu membantu anda untuk lebih mudah tidur di malam hari.
5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur
Anda sangat sukakan haiwan? Janganlah sampai hendak tidur pun anda bawa juga haiwan ini ke bilik tidur. Ini boleh menyebabkan anda mendapat tidur yang tidak cukup berkemungkinan disebabkan oleh bunyi bising atau bermacam ragam yang dilakukan oleh haiwan peliharaan anda. Anda dinasihatkan untuk meletakkan haiwan peliharaan anda di luar bilik tidur.
6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa
Anda dinasihatkan untuk menggunakan penutup telinga, menyediakan langsir, penghawa dingin atau sebagainya untuk mencipta persekitaran tidur yang ideal. Sekiranya anda mahu terjaga pada waktu tengah malam, anda dinasihat untuk membuka lampu yang lebih kecil dan malap dan bukannya dengan membiarkan lampu asal bilik anda menyala. Suhu bilik yang paling sesuai untuk anda tidur adalah sekitar 20 hingga 22 darjah celcius.
7. Elakkan tidur siang
Tidur pada siang hari hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk jika anda biasanya memiliki masalah tidur. Sekiranya anda mahu tidur pada siang hari, anda dinasihat untuk menetapkan dalam masa yang pendek iaitu sekitar 15 hingga ke 30 minit sahaja.
8. Mandi untuk kesegaran tubuh
Sepanjang hari bekerja memang memenatkan. Jadi, mandi sebelum waktu maghrib adalah satu cara yang boleh memberi kesegaran kepada tubuh dan mampu memudahkan anda tidur. Siapalah yang boleh tidur dengan badan melekit dan berbau. Pastinya anda tidak mahu tidur dalam keadaan begini bukan.
9. Amal herba dan bukannya ubat tidur
Ada herba tertentu yang dikenalpasti boleh membantu anda untuk mudah tidur. Antaranya ialah herba mengkudu yang boleh membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin untuk mengatur
dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil. Pastikan herba yang dipilih mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
10. Baca doa sebelum tidur
Sebagai seorang muslim berwudhuklah sebelum tidur.
“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)
“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anda boleh juga berzikir, membaca 3 qul dan ayat kursi untuk mengelakkan gangguan syaitan.
Ini pula doa jika anda susah tidur malam.
” Allahumma Ghaa Ratinnujum, Wahada Atil ‘Uyuun, Wa Anta Hayyu Qayyum, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Anim ‘Ainayya Wa Ahdi Laili ”
Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” Hadith Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...