Otak
secara semulajadi akan kehilangan sel-selnya ketika mencapai usia 30
tahun. Akibatnya, daya ingatan akan terganggu, mudah lupa dan sulit
mengingat informasi terbaru. Namun, jangan khuatir ada cara untuk
menjaga kemampuan otak supaya dapat bekerja secara baik. Antaranya ialah :
MEMINUM TEH HIJAU
MEMINUM TEH HIJAU
Kandungan teh hijau yang mengandungi anti oksidan tinggi, akan memerangi radikal bebas yang dapat menyerang saraf otak. Teh hijau telah terbukti boleh menghambat enzim yang menyebabkan Alzheimer. Selain itu teh hijau juga membuat kemampuan otak lebih tajam.
teh hijau boh ialah minuman harian aku... memang aku beli cap boh je sebab lebih murah berbanding cap2 lain.. tapi memandangkan baru2 ni kawan aku bagi beberapa paket teh sabah, aku habiskan je lah dulu apa yang ada :)
MENGUNYAH
Kegiatan menguyah dapat meningkatkan aliran darah ke otak yang mengawal ingatan. Anda boleh membaca buku sambil mengunyah gula-gula getah (chewing gum) sebagai aktiviti anda.
MEMAINKAN ALAT MUZIK
Latihan alat muzik dapat meningkatkan ketajaman berfikir. Melakukan latihan muzik rutin selama setahun membantu daya fikir dan daya ingatan menjadi lebih baik.
MENCIUM WANGIAN BUNGA
Kajian di Amerika menunjukkan bahawa, orang yang selalu mencium wangi bunga boleh berfikir 17 % lebih cepat. Aroma bunga dipercayai boleh menghilangkan stress dan menjadikan fikiran lebih tajam. Tempatkan bunga di rumah mahupun di meja tempat anda bekerja.
No comments:
Post a Comment