widget

Thursday, October 6, 2011

Berparti selepas majlis kahwin dibatalkan

 

ERICA dan English semasa mereka masih bahagia. 
 

NEW YORK - Chef terkenal, Todd English membatalkan perkahwinan dengan tunangnya, Erica Wang beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung, lapor sebuah akhbar.

Walaupun majlis perkahwinan itu dibatalkan pada malam kelmarin, sanak saudara dan rakan Erica masih sanggup berparti di Hotel St. Regis di sini.

Parti yang diadakan dalam suasana penuh kemewahan itu bertujuan untuk memulihkan semula semangat Erica yang gagal berkahwin.

"Setiap orang mengalami waktu yang hebat. Orang ramai turut menari".

"Ia merupakan sesuatu yang amat malang tetapi kami datang untuk memberi sokongan kepadanya (Erica)," kata seorang tetamu yang memakai pakaian tuksedo.

Pembatalan majlis itu lewat diumumkan menyebabkan kebanyakan sanak saudara Erica mengambil kesempatan untuk berparti.

English dalam satu kenyataan berkata: "Tidak ada majlis perkahwinan pada hujung minggu. Saya menghargai rasa hormat anda terhadap privasi saya dalam waktu yang sukar ini." - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...