widget

Thursday, October 6, 2011

Jadi lelaki paling gemuk di dunia kerana kecewa


PAUL MASON menggunakan kerusi roda semasa dia keluar dari rumahnya di Ipwich.


IPSWICH, Britain - Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason, 49, memberitahu dia menjadi terlalu gemuk selepas ditinggalkan kekasih yang lebih tua daripadanya.

Menurut Mason, dia makan 24 jam sehari selepas kekasihnya yang berumur 39 tahun bertunang dengan lelaki lain.

Bekas pekerja pos itu menyatakan, semasa bercinta dengan wanita itu, umurnya 21 tahun dan kekasihnya bertindak meninggalkannya ketika dia berusia 26 tahun pada 1986.

Sejak itu, dia makan 24 jam sehari dengan memakan sarapan pagi yang mengandungi 2,060 kalori, snek dengan jumlah kandungan 1,740 kalori dan makanan tengah hari mengandungi 2,200 kalori.

Jumlah kalori itu menyebabkan berat badannya meningkat kepada 444.52 kilogram (kg).

"Saya beralih kepada makanan, Apa yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan keselesaan"
.
"Saya makan tanpa henti selama 24 jam pada setiap hari. Saya tidak tidur pada waktu malam kerana saya makan dengan konsisten," kata Mason yang kini bergerak dengan menggunakan kerusi roda elektrik.

Berat badannya kini 234.02kg berkurangan sebanyak 190.50kg dalam tempoh setahun selepas dia menjalani pembedahan gastrik yang dilakukan bagi mengelakkannya memakan terlalu banyak

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...