widget

Thursday, October 6, 2011

Duduk atas bumbung kerana buaya



PELANCONG-PELANCONG Jerman yang terperangkap berjalan ke arah bumbung sebuah kenderaan milik polis.


SYDNEY - Sekumpulan pelancong Jerman yang terpaksa duduk di atas bumbung sebuah kenderaan yang terperangkap dalam banjir di kawasan sarang buaya di Taman Negara Kakadu, utara Australia dilabel sebagai bodoh.

Polis menyatakan empat pelancong Jerman itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita menyewa sebuah kereta pacuan empat roda yang tersangkut di dalam banjir sedalam satu meter di sebatang jalan raya di taman tersebut kelmarin.

Mereka terpaksa duduk di atas bumbung kenderaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa buaya kerana ia terletak di kawasan sarang haiwan itu.

"Saya ingin menyatakan bahawa mereka (pelancong itu) adalah bodoh kerana cuba untuk menyeberangi air banjir dengan tidak menghiraukan amaran daripada penduduk tempatan dan pelancong lain," kata seorang pegawai polis.

Pelancong itu diselamatkan oleh polis yang menghantar sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas 30 minit memperoleh maklumat daripada orang awam. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...