|
|
MIAMI - Seorang bekas anggota kumpulan sorak, Arianne Prevost membunuh seekor buaya seberat 226.79 kilogram (kg) dengan anak panah. Prevost yang berumur 23 tahun akan menyimpan kepala buaya itu di dinding sebagai kenangan manis. Dia turut menempah kasut yang akan diperbuat daripada kulit haiwan sepanjang 3.35 meter itu.
Menurutnya, dia membunuh haiwan itu dengan busur panah semasa menaiki sebuah bot bersama kekasihnya di sungai St. John, Florida.Dia memanah buaya itu buat kali kedua selepas mendapati ia masih hidup ketika kekasihnya cuba menutup mulut haiwan tersebut dengan pita perekat."Saya memanah buat kali kedua di belakang haiwan itu bagi memastikan ia sudah mati," kata Prevost. - Agensi
No comments:
Post a Comment