CLACTON, Britain - Seorang cucu yang bergurau apabila melelong neneknya di laman web eBay tidak menyangka apabila pembida sanggup menawarkan harga sebanyak £20,541 (RM113,761) untuk memperolehnya.
Bagaimanapun, lelongan itu ditarik balik kerana manusia tidak dibenarkan dilelong di laman web tersebut.
Kisahnya bermula pada Ahad lalu, apabila nenek itu, Marian Goodall yang berumur 61 tahun kembali dari sebuah hospital dan berada dalam keadaan muram kerana sakit lutut.
Cucunya, Zoe yang berumur 10 tahun berasa berang kerana dia diminta membuatkan minuman untuk neneknya.
Zoe berkata: "Dia (neneknya) menyebabkan saya marah. Dia mengeluh sakit pada saya.
Semasa saya berada bersama komputer riba, saya berpendapat saya perlu meletakkannya di laman eBay."
Bapa Zoe, Thomas Pemberton yang berumur 31 tahun berkata, anaknya itu bukannya bertujuan untuk melelong neneknya tetapi mahu mendapatkan seseorang untuk menjaganya.
Pemberton yang merupakan bapa tunggal menyatakan, terdapat pembida yang bertanya pelbagai soalan berhubung lelongan itu.
"Dalam tempoh sehari harga bidaan mencecah £1,000 (RM5,538). Ia kemudian meningkat £2,000 (RM11,076). Saya kemudiannya mendapati ia mencecah £20,541. "Saya berasa terkejut tetapi ibu saya tidak mempunyai perasaan itu. Dia menyatakan harganya bernilai berjuta-juta pound," katanya.Lelongan itu kemudian dihentikan.. - Agensi
No comments:
Post a Comment