Ada kala kita tidak tahu, mungkin selama ini bunyi
dengkur diri sendiri yang macam enjin ‘turbo’ itu mengganggu tidur orang lain. tu pon jika ada orang lain tido sama anda.. kalo tido sorang, nyamanlah.. berdengkur ke, kentut ke, takde kena mengena dengan orang lain.
Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita
selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran
pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak
sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini
mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang
menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Cara atasi masalah berdengkur
- Ubah posisi tidur
Apabila
lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia
akan menyebabkan kita berdengkur.
Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
- Turunkan berat badan
Orang yang
mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini
berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.
Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.
- Hindari ubat penenang atau sedatif
anda kucing ke? XD
Apa pun
jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan
menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf,
seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
- Hidu wap air sebelum tidur
ni cara mahal..
cara murah kat bawah ni
aku selalu buat ni sebelum pakai mask XD.. rajin kan? rajin kan? XD
Hidung
tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air
panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut
wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung
kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
- Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.
hahahahah... aku pon berdengkur... kroohhhhh... krooohhhhh... hahahahahah
ReplyDelete(X_X)
ReplyDelete