widget

Saturday, October 8, 2011

Pengantin menang saman jurugambar



SALAH satu gambar yang dirakamkan oleh Bowers.


YORKSHIRE - Sepasang pengantin baru di England, Marc dan Sylvia Day menang ganti rugi sebanyak £1,500 (RM8,208) selepas gambar-gambar majlis perkahwinan mereka tidak mencapai kualiti seperti yang diharapkan.

Sebanyak 22 daripada 400 keping gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar perkahwinan, Gareth Bowers yang berada dalam kategori memuaskan berdasarkan pandangan pasangan tersebut.

Sebahagian besar gambar itu kabur kerana dirakamkan tanpa pencahayaan sempurna selain kesilapan teknik malah dalam sesetengah gambar, kepala pasangan itu langsung tidak kelihatan.

Walaupun kualiti gambar itu tidak memuaskan, Bowers yang merupakan pemilik kedai gambar Fresh Images enggan berganjak dan mengenakan caj sebanyak £1,450 (RM2,000) bagi perkhidmatannya.

Pada minggu lalu, seorang hakim daerah Pontefract, West Yorkshire Barat, bersetuju dengan pendapat Marc bahawa hasil kerja jurugambar itu langsung tidak memuaskan.

Bowers kemudian diarahkan membayar ganti rugi tersebut kepada pasangan pengantin baru itu di samping kos perbicaraan sebanyak £170 (RM929). - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...