widget

Tuesday, October 25, 2011

Hikayat Taugeh...senjata melawan cancer

Hikayat Taugeh...senjata melawan cancer



Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali
dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan
yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk
dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin
baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga
terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit
kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.
Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino.
Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar
dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan
estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan
susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar
mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom
pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar
saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit
strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi
dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak
baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh
dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah
yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun
dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan
bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas
membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

DIY- pencuci pakaian


Serbuk deterjen yang disediakan di pasaran kini menawarkan solusi untuk membuat pakaian putih tetap putih cemerlang atau warna lain tetap seperti ketika pertama kali dibeli. Namun, kita juga boleh membuat sendiri bahan pemutih atau pencerah warna dari bahan-bahan yang boleh kita temukan di dapur.

Agar pakaian putih tetap cemerlang


Setelah lama dipakai dan dicuci, pakaian putih akan berubah menjadi pudar atau bahkan abu-abu. Stokin kaki putih tetap terlihat kotor, tak peduli berapa lama Anda merendamnya. Untuk mencegah perubahan warna ini, gunakan:


1. "Baking soda"

http://primrizonline.com/wp-content/uploads/2011/06/baking-soda-cleaner1.jpg
Rendam pakaian Anda ke dalam 4 liter air yang sudah dicampur dengan satu sudu baking soda.

2. Cuka

http://indonesiaindonesia.com/imagehosting/images/2821/1_asam-cuka.jpg
Tambahkan satu sudu cuka putih ke dalam air bilasan yang masih berputar di dalam mesin cuci.

Agar pakaian gelap tetap gelap


Pakaian berwarna gelap akan pudar dan membuat pakaian jadi terlihat murahan. Namun, ada caranya untuk membuat warna gelap pada pakaian Anda tetap pekat.


3. Kopi atau teh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglQWk8s3thN5qixaedewVaDlJY5Snx9Jjh7JGNhD4-54YfmIbxlFIm3q16exSRSuXI5vlaW8asUspVTSmdrMX3yvx5Oq91o8ekMOMy7c6sDR8M-7v_6_rPgXzHfHjNGu3y1M-oojFA1vk/s1600/coffee_morning.jpg
Untuk pakaian berwarna hitam, tambahkan dua sudu kopi atau teh yang baru diseduh ke dalam bilasan air.

4. Garam

http://3.bp.blogspot.com/_krMxEmCQM7g/TMD3bC8QFsI/AAAAAAAABiY/Ch5ZkY-SXzU/s1600/garam_100610195040.jpg
Untuk warna-warna gelap seperti biru navy atau plum, tambahkan sesudu garam ke dalam air bilasan.

5. Cuka dan garam

http://www.mediaindonesia.com/mediaperempuan/spaw/uploads/images/article/image/2011_03_09_11_41_30_garam---dc.jpg
Untuk mencegah jeans menjadi pudar, rendam jeans ke dalam air garam atau campuran setengah-setengah dari air dan cuka putih sebelum dicuci pertama kali. Balikkan dulu celana jeans sebelum Anda memasukkannya ke dalam mesin cuci dan atur suhunya tetap dingin.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

4 jam selamatkan anak kucing


ALANNAH Merletto bersama Cain, anak kucing yang dipamnya ke dalam salur tandas.


SYDNEY - Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya.

Budak perempuan tersebut, Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas.

Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada.

"Di dalam tandas," jawab Alannah.

Kediaman mereka di sini kemudian menjadi tunggang-langgang selepas keluarga berkenaan bergegas mencari anak kucing itu.

Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah.

"Saya cemas dan kami menghubungi pihak bomba," kata ibunya.

Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Montenero juara tarian tiang


MONTENERO


BUENOS AIRES - Seorang peserta Brazil, Rafaela Montenero muncul sebagai juara pertandingan tarian tiang Amerika Selatan.

Montenero dari Sao Paulo yang merupakan pemenang Ratu Penari Tiang Brazil 2009 berjaya mengatasi peserta lain dalam pertandingan yang menggabungkan seni akrobatik dan erotik.

Tempat kedua dimenangi oleh Maria Luz Escalante dari Argentina yang merupakan seorang pengajar tarian dan berusia 29 tahun.

Kedua-dua wanita itu pergi ke London untuk menyertai pertandingan tarian tiang peringkat dunia. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Budak lima tahun terkuat dunia




ROM - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Giuliano Stroe (gambar) menarik perhatian ramai apabila mampu melakukan pelbagai aksi lagak ngeri.

Pada awal tahun 2009, dia berjaya memikat panel hakim Guinness World Records ketika mengadakan persembahan berbahaya untuk satu program televisyen Itali.

Dalam persembahan itu, dia membuat aksi berdiri dalam keadaan terbalik.

Dia berjalan dalam keadaan terbalik sejauh 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya. 

Giuliano menetap di Itali bersama keluarganya yang berasal dari Romania dan mencipta rekod dunia sebagai manusia paling kuat dalam usia muda iaitu semasa berumur empat tahun.

Bapanya, Iulian Stroe,  berkata, anak sulung daripada empat beradik itu memiliki susuk tubuh seperti seorang ahli bina badan dan turut diberi gelaran sebagai Hulk Hogan yang merupakan penggusti terkenal.

"Dia sering mengikuti saya ke gimnasium dan saya membawanya namun dia dilarang berlatih berseorangan," katanya.

Giuliano kini menjadi perhatian ratusan ribu pengunjung laman perkongsian YouTube yang menyaksikan rakaman dia berlatih dan melakukan aktiviti lagak ngeri.

Walaupun popular, jika tiada latihan angkat berat, Giuliano masih seperti kanak-kanak normal lain yang suka melukis, menonton kartun dan gembira bermain di padang. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Bunuh kambing dengan renungan mata



SATU adegan filem The Men Who Stares At Goats menunjukkan Clooney (kiri) menggunakan matanya untuk membunuh seekor kambing.


LONDON - Ramai menyangka Projek Jedi yang dipaparkan menerusi filem The Men Who Stare At Goats lakonan George Clooney yang membunuh seekor kambing dengan menggunakan kuasa matanya merupakan imaginasi seorang penulis skrip Hollywood.

Namun, sebuah akhbar semalam mendedahkan bahawa tidak ramai yang mengetahui bahawa ia merupakan sebahagian daripada projek sulit tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan sekumpulan anggota tentera yang menggunakan kuasa psikik dan bukannya senjata api.

Projek perintis itu yang disokong dengan penyelidikan canggih mahu menggunakan kuasa psikik bagi merevolusi kaedah peperangan.

Menerusi Projek Jedi, tentera AS mahu menghasilkan anggota tentera 'ajaib' yang mampu merisik dan membunuh musuh serta mematikan bom nuklear dengan menggunakan kuasa minda mereka.

"Anda perlu sedar bahawa idea ini tidak dianggap mengarut oleh pihak tentera," kata seorang anggota pasukan khas yang terlibat dalam Projek Jedi, Sarjan Glenn Wheaton.

Menurutnya, tentera AS turut melakukan penyelidikan dan eksperimen kuasa psikik bagi menghasilkan askar yang boleh berjalan menembusi dinding dan menjadi halimunan.

Ketaksuban penggunaan kuasa paranormal itu bermula apabila tentera AS mendapat maklumat bahawa Rusia giat membangunkan program senjata psikik mereka sendiri yang melibatkan lebih 40 institut paranormal negara itu.

"Mereka dilihat bakal membuka lembaran baru teknologi ketenteraan. Kita perlu mengetahui sama ada kuasa minda boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan selain mencari cara untuk melindungi diri jika diserang mereka (Rusia)," tambahnya.

Sejak beberapa dekad lalu dunia dikejutkan dengan beberapa demonstrasi kuasa minda luar biasa terutamanya oleh pengamal magis dari India, Yusultini yang mengapungkan diri wanita ke udara pada tahun 1950-an. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Kakak tua ‘pupus’ ditemui



BURUNG kakak tua jambul kuning dirakam di Masakambing, Indonesia


JAKARTA - Sejenis burung kakak tua yang dipercayai telah pupus sebelum ini berjaya ditemui semula di sebuah pulau terpencil di Indonesia, kata sekumpulan penyelidik .

Kumpulan Pemuliharaan Kakak Tua Indonesia berkata, spesies kakak tua Abbot jambul kuning itu ditemui di kepulauan Masalembu, sekitar perairan Pulau Jawa.

“Kami teruja apabila menemui burung-burung itu di kawasan penduduk di pulau Masakambing,” kata penyelidik, Dudi Nandika.

Menurutnya, kumpulan burung yang ditemui itu terdiri daripada sepasang burung jantan dan betina bersama-sama dua ekor anak burung.

Di sebalik penemuan itu, kakak tua Abbot jambul kuning atau nama saintifiknya, Cacatua sulphurea abbotti, merupakan spesies burung paling jarang ditemui di dunia, katanya.

Seorang lagi penyelidik kumpulan tersebut, Dwi Agustina berkata, kali terakhir kakak tua jambul kuning ditemui ialah pada tahun 1999 apabila beberapa saintis memerhatikan sekumpulan lima ekor burung itu.

Sebelum ini penyelidik-penyelidik menganggap bilangan kakak tua itu terlalu sedikit untuk mereka membiak menyebabkan spesies itu mengalami kepupusan. – AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Perarakan pengantin di Sao Paulo



SEBAHAGIAN pengantin berarak di sebatang jalan raya di Sao Paulo, Brazil.


SAO PAULO, Brazil - Lebih 40 wanita yang pernah dan bakal menjadi pengantin menyertai perarakan perkahwinan pertama yang diadakan di Brazil.

"Saya fikir tiada wanita yang tidak suka memakai gaun pengantin," kata Mara Bastos, 36, yang memberitahu dia mahu memperbaharui ikatan perkahwinan bersama suaminya di sebuah gereja di bandar raya Las Vegas, Amerika Syarikat.


Reuters - DUA wanita yang memakai gaun pengantin melompat di Sao Paulo, Brazil.


Bastos yang didandan cantik menyertai 39 wanita lain dalam perarakan itu yang turut diadakan di Portugal dan Rusia. 

Para peserta diberi dandanan rambut dan mekap percuma dan berpeluang menyertai sesi fotografi percuma di sebuah taman awam terkenal di sini.

Wanita-wanita itu turut melontar kalungan bunga pengantin kepada orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara tersebut. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Guna CCTV pantau anak dalam kelas



Reuters
SEORANG ibu memantau pergerakan anaknya di dalam kelas tadika Pishtaz, Teheran pada 19 Oktober lalu.


TEHERAN, Iran - Sejumlah ibu bapa di sini memantau gelagat anak mereka di dalam kelas sebuah tadika menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tadika itu yang dikenali sebagai Pishtaz dilengkapi komputer untuk kanak-kanak pintar.

Ibu bapa boleh melihat aktiviti anak-anak mereka dari rumah menerusi CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di tadika itu seperti di dalam kelas dan taman permainan.

Tadika itu mendakwa menjadi perintis teknik pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Mayat Gaddafi berbau busuk


Reuters - MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya.


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Reuters

SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.


Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu. 

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Pemandu didakwalanggar budak dua tahun



YUE YUE terbaring di sebuah hospital di wilayah Guangzhou pada 16 Oktober lalu selepas dia dilanggar dua buah kenderaandi bandar Foshan, China. - AFP


BEIJING - Polis China telah mengemukakan pendakwaan ke atas seorang lelaki yang disyaki memandu sebuah kenderaan dan melanggar lari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor media pemerintah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki melintasi budak perempuan tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan selepas dia dilanggar sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam di China.

Sebuah akhbar tempatan, Procuratorial Daily dalam laman webnya melaporkan bahawa suspek, Hu Jun, 24, didakwa kerana menyebabkan kematian budak perempuan yang nama jolokannya, Yue Yue di bandar Foshan, selatan China pada 13 Oktober lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, terdapat pemandu kedua yang melanggar budak perempuan itu ketika dia terbaring di jalan raya tetapi akhbar berkenaan tidak menyebut mengenai individu terbabit.

Berjuta-juta rakyat China melayari Internet untuk menonton klip video insiden berkenaan yang berlaku di sebatang jalan yang sempit di kawasan pasar Foshan.

Polis Foshan berkata, Jun yang berdepan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika dia didapati bersalah, telah menyerah diri selepas insiden itu berlaku. - AFP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Giant George "The Biggest Dog In The World"


 
 
Perkenalkan, Giant George "The Biggest Dog In The World". Giant George bukanlah seekor anjing biasa, namun namanya telah terukir dalam catatan Rekor Dunia sebagai pemegang rekor anjing terbesar di dunia. Giant George lahir pada bulan November tanggal 17 tahun 2005. Sekarang tinggi Giant George adalah 1,09 meter dengan bobot badan 111 Kg. Sang pemilik anjing, David Nasser dari Arizona, US, mengakui bahwa anjingnya ini menghabiskan dana untuk uang makan sampai £ 110 atau sekitar untuk setiap bulannya.

Pada tanggal 15 Februari 2010 Giant George dianugerahi dua gelar dari Guinness Book of World records, yaitu :
1). "Anjing terttinggi di Dunia"
2.) "Anjing tertinggi di dunia yang masih hidup"

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

manusia berkaki empat- for real

Josephene Myrtle Corbin....


Sebut saja Josephene Myrtle Corbin, wanita yang dikenal memiliki empat kaki. Ekstra sepasang kaki yang sampai akhir hayatnya tidak diamputasi itu, sebenarnya merupakan milik saudara kembarnya yang menumpang di tubuhnya.

Corbin lahir di kawasan Lincoln Tennessee tahun 1868. Kedua kaki ekstra yg ukurannya lebih kecil, sesungguhnya dapat digerakkan, namun Corbin tidak menggunakannya untuk berjalan.Corbin menikah saat usianya 19 tahun dengan seorang dokter, Clinton Bicknell. Ia memiliki empat anak perempuan dan seorang laki-laki. Ia mengatakan, tiga orang anaknya lahir dengan organ yang lengkap, namun dua lainnya memiliki tambahan organ. Corbin meninggal pada 6 Mei 1928.Wanita lain yg juga bernasib sama dengan Corbin adalah wanita cantik bernama Ashley. Seperti Corbin, Ashley pun memiliki kehidupan yang normal meski orang kerap memandangnya aneh. Di keluarganya hanya dia yang memiliki kelainan itu, sementara saudara perempuannya, Anne, normal. Meski demikian Ashley cukup beruntung karena banyak pria ganteng yang mencintainya meski keadaannya tak sempurnya. Bisa jadi ini karena pembawaannya yang ramah selain memang ia memiliki paras yang cantik.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...